Monday, December 20, 2010
Ammar Syafi Lahir
Tanggal 8 Oct 2010 12.20 tghari, Ammar Syafi dilahirkan ke dunia ini secara normal. Memang tak disangka-sangka, sepatutnya due date nya lambat lagi (27 Oct 2010). Masa sakit pun tak tahu yang tu memang sakit nak bersalin. Bayangkan sakit perut yang teramat sakit kul 2 pagi. Ingatkan sakit nak buang air besar sebab malam tu makan lewat. Abg pun bangun tanya sakit perut yang macam mana. Tapi tak tahu nak jawap macam mana... Bile dah reda sakit baru tidur balik. tak sampai sejam tidur sakit semula. Rasa nak e'ek lagi. Pergi toilet tapi tak e'ek pun. Jalan ke hulu ke hilir baru lah ok sikit. Tapi tak boleh baring sebab kalau baring mesti sakit akan datang. Dalam kepala ni macam2 fikir, nape dengan anak aku dalam perut ni. Pagi esok nak ajak abg pergi klinik cek nape sakit macam tu. Lupa pulak nak cite pasal air yang asyik kuar sikit2 sampai basah katil. Igtkan air kencing. Sampai pagi tak tido. Abg panggil mak, mak datang tanya sakit perut mcm mana. Malu jugak dengan mak sebab nampak pakai baju tido dengan muka serabut. Mule2 nak pergi klinik je, tapi bile dah kuar air ngan sendirinyer dan ade kuar darah sikit. Terus suruh abg hantar ke hospital serdang pagi2 tu jugak. Dalam kepala duk fikir btul ke aku ni nak bersalin. Dah sedia ke ni. Sampai hospital doc check bukaan dah 5sm. Terus kena hantar ke lobur room.
Dalam lobur room kena tgu sampi bukak 5sm lagi. Nurse tanya kat abg nak tgk tak wife bersalin. Abg kata nak. Macam tak caye je abg ckp mcm tu. Terharu pun ade. Skang baru lah percaye yang aku dah nak bersalin. Start lah call sekolah, mak n abah. Mintak ampun dosa. Kat abg pun aku mintak ampun jugak. Abah suruh makan telur ngan minyak ape eh lupe pulak. Aku kata mana sempat nak beli, nurse pun kata mana bo mkn ape2 dah. Nasib baik abg sempat amik air selusuh masa kuar umah td. Masa tgh tgu nak bersalin tu, hanya tuhan saje yang tahu betapa sakit nye. Perasaan nak marah pun ade. Nasib baik iman ni kuat. Abg kata nak kuar pegi beli telur n nak bersiap ke masjid utk solat jumaat. Aku kata ok. Yelah igtkan lambat lg nak bersalin. Rupenye seperginye abg, terus makin sakit n nurse cek bukaan dah penuh. Nurse tanya mana suami. Aku ckp abg balik sekejap. Akhirnye aku bersalin tanpa abg di sisi. Alhamdulillah semuanye selamat. Aku tel abg, abg terkejut sebab dah bersalin n suruh die dtg cpt utk azan kan anak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)





yes ist me Ammar Syafi
ReplyDelete